Sunday, March 17, 2013

Mutiara Kata 1

Diriwayatkan dairpada Zaid Bin Thabit R.A:

Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
~Abu Daud dan Al-Tirmizi

Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,kemudian dia bekerja menurut darjat dan ...batasnya.
- Imam Syafie-

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada ramai.
– Lukman Hakim -

Tidak dihitung kaya yang banyak harta, tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –

Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan.
– Umar Al Khattab -

Berani menyatakan pendirian adalah sifat perwira,tetapi berani mengaku salah adalah lebih perwira.
– Hamka -

No comments:

Post a Comment