.-Sesungguhnya seseorang itu berharta bila dia zuhud
di dunia, dan sesungguhnya seseorang itu adalah fakir bila dia gemar pada
dunia..
-SUFFIAN ATTHAURI-
Ibrah:
Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.
Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.
Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.
Alhamdulillah Cinta!
KATA-KATA SAIDINA UMAR
*Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan
menuturkan kata-kata lemah lembut.
*Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka
maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
*Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa
pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
*Aku tidak pedulikan keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu
manakah di antara keduanya yang lebih baik dariku.
*Apabila kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di
akhirat.
*Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka
curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan
menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya...
*"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya,
org yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina, orang yang menyintai
akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan 0rang lain,
pasti keh0rmatan dirinya akan terjaga."
– Umar Al Khattab -
Berani menyatakan pendirian adalah sifat perwira,tetapi berani mengaku salah adalah
lebih perwira.
– Hamka -
No comments:
Post a Comment