Sunday, March 17, 2013

Motivasi 3


kompilasi kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab:-

1. Aku ini pedang Rasulullah saw. Sekiranya Rasulullah inginkan, baginda akan menggunakannya... Sekiranya Baginda tidak mahu menggunakannya, baginda sarongkannya...
2. Aku keras dan kasar kerana Rasulullah dan Abu bakar sangat lunak, jadi aku tidak boleh melihat orang2 Quraisy menindas baginda dan memperlekehkannya!
3. Apabila Sayyidina Umar menjadi khalifah, beliau berkata: "Ketahuilah, aku adalah orang yang paling lunak dalam kalangan kamu..."

-Khalifah 'Umar al Khattab-
KATA-KATA TOKOH~
Apabila kamu merasa letih berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal~Saidina Ali R.A

“ Biar sejuta ilmu kita dalami, yakinlah bahawa itu hanya setitis air dari seluas lautan, hadirkanlah dalam hati rasa keinsafan, moga ilmu itu jadi wadah mendekati Tuhan...” ~ moga dpt mmartabatkan ISLAM di muka bumi ALLAH ~

"Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persedian adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya." _Dr. Abdullah Azzam

"Jika kamu ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada remajanya sekarang." -Saidina Umar al-Khattab-
"..Setiap orang yang takut akan lari, setiap orang yang cinta akan mencari, dan setiap orang yang mencintai Allah akan merasa asing dengan sesama makhluk..."

"..Everyone who fear will flee, each person who love will search, and everyone who loves God will be unfamiliar with other fellow creatures.."

"Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya"... 
-Khalifah Umar al-Khattab-



*"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya, org yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina, orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan 0rang lain, pasti keh0rmatan dirinya akan terjaga."

– Umar Al Khattab -











No comments:

Post a Comment